Sunday, 13 February 2011

Mentaliti kita

Saya selalu dipandang pelik oleh masyarakat Melayu kerana mempunyai nama "Foo". Tetapi saya ni membesar dalam masyarakat melayu juga. Fasih berkata-kata bahasa Melayu walaupun nama "Foo".

Malah lebih pelik kalau ade orang-orang Melayu, yang tahu pasal nama saya dan nampak saya solat di masjid.

Lagi pelik, ada sesetengah orang yang tidak senang melihat saya bergaul dalam masyarakat Melayu.

Pernah dulu dituduh orang mcm saya ni akan menjatuhkan ketuanan Melayu sebab saya ni sebenarnya orang cina bertaraf bumiputera.

Kadang-kadang lebih pelik apabila ade juga yang extremis yang menolak saya terus sebagai kawan sebab saya ni 'separuh' cina.

Ade juga yang agak pelik apabila tidak senang sekiranya saya berdekatan.

Yang paling pelik, saya ni tiada bangsa...


Sedih melihat bangsaku ini tidak membangunkan mentaliti sendiri. Dunia ni bukan untuk orang Melayu sahaja. Islam itu bukan untuk orang Melayu sahaja.

Pernah ku terfikir jika orang-orang sebegini, biar dia dicampak ke benua lain, dan bukalah mata itu. Melayu bukannya satu-satu bangsa di dunia ini. Melayu bukanlah Tuan bagi dunia ini.

Sedih membesar dalam keadaan sebegini. Seumur hidup saya, dipandang serong sesetengah masyarakat Melayu yang kononnya mereka adalah yang terhebat. Saya ini bangsa Melayu kelas dua sbb berdarah campur.

Satu hari nanti, mungkin bukan dalam tempoh masa hidup saya.....saya harap orang Melayu sedar akan mentaliti mereka yang mengongkong mereka selama ini. Jadilah orang yang hebat di dunia ini tapi janganlah menggadai integriti bangsa dan agama Islam itu sendiri.


Salam.

"Saya rakyat Malaysia"

2 comments:

innocentkiller said...

lol..i cant find where problemo lies behind that Foo and cnt believe there still few ppl with such mentality..

ajeem_hazim said...

Well always remember that we are muslims regardless of the races, status and even the skin colours :) cheers bro!!!!