Pada hari Isnin yang lalu, kolej mara seremban telah mengadakan majlis khatam al-Quran dan juga majlis berbuka puasa.
Sewaktu menunggu bermulanya majlis khatam al-Quran, aku pon duduk kat surau...menghabiskan waktu sambil menunggu bermulanya majlis. Dari jauh, aku nampak fakri(junior) sedang duduk di meja batu di hadapan balqis.
Agaknya dia telah mengendap sape la tu....
Aku pon, dengan beraninya, berjalan ke asrama balqis......dan tetibe.....ade sorang budak kat situ. Umur 6 tahun kot....Menangis teresak2...
Aku tanya Fakri...."ni sape?"
" Dia dtg dengan anak2 yatim tu"
"Oh....nape dia nanges? Ko buli ke?"
"Tak lah....Dia teringat mak dia rasanya...."
Waktu itu, merah sungguh mata budak itu......mulutnya ternganga lebar....menjerit2...hingus dari hidungnya, menitis masuk ke dalam mulutnya sendiri....sedih dan sebak aku rasa waktu tu....
Budak tu ckp " Umi, Nak aik!"
Aku waktu tu, pon decipher kata2 budak tu.
Umi = Ibu
Nak = hendak
Aik = ??? (Ini yg susah sikit.....)
Aik tu ape??? Adakah taik??...tak mungkin.....Balik??? YEah YeAh...
Jadi, aku pon buat conclusion iaitu, apa yang hendak disampaikan oleh budak itu ialah..."Ibu, nak balik!"
Aku sangat kasihan ngan budak tu....aku dah mcm nak buat dia adik aku kat KMS ni....dah la comel.....Waktu menanges tu, boleh pulak menguap.....! Lima kali pulak tu.... Dia menguap, pastu nanges balik....hahahaaaa....
Setelah berusaha selama setengah jam memujuk dia....dia tetap jerit...." Umi nak aik!"
=.=
Penat den dah ni...!
Lepas tu dia senyap.......ALHAMDULLILAH...Tp, dia sambung balik nanges...! =.=
Kemudian, Fakri ckp, "mungkin budak ni nak sesuatu kot"
Jd, kami pon, cubalah mcm2.... " Adik nak gajah?" "Adik nak kereta?" "Adik nak abang fakri?"
Selepas lama mencuba.....akhirnya, satu soalan yang berjaya membuat adik tu mengangguk kepala..." Adik nak air?"
Rupa-rupanya....." Umi nak aik" tu ialah Rozi nak air..... ( Nama dia rozi...) hahahaaaaaa....
Dua budak kolej cuba mengetahui isi hati seorang budak yang belom skola lagi....pon tak lepas...=.=
Akhirnya, kita bawa budak tu ke DS....minum air sirap...Agak ralat la, sbb kita yang buat dia berbuka puasa....tp, kesian dia....umur baru 6 tahun........takpe la tu....
Itu aje lah.....
No comments:
Post a Comment