Sunday 13 December 2009

Bahasa Baku :)

Kadang-kadang saya kena tulis dalam bahasa Malaysia supaya saya tidak rasa kekok bila menulis nanti. Tetapi bahasa Malaysia saya tidaklah sehebat saudari Farhana Rosli mahupun Saudara Hosni.

Walaubagaimanapun, saya terpaksa juga menulis dalam Bahasa Malaysia.

Post ini ditujukan khas kepada semua sahabat saya terutamanya yang rapat dengan saya tidak kira pada zaman persekolahan ataupun zaman kolej saya.

Saya cuma ingin mengatakan bahawa yang saya ini bersyukur sangat-sangat kepada yang Ilahi kerana mengurniakan sahabat seperti anda semua.....terutamanya sahabat rapat saya.

Namun begitu, kewujudan salah faham sentiasa akan ada di antara sahabat-sahabat. Bahkan suami isteri pun kadang-kadang tersalah faham, apatah lagi bagi sahabat-sahabat. Justeru itu, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya saya tersalah faham, ataupun menyebabkan salah faham.

1 comment:

nurulfana said...

aww malu i. BM i is not that good pun. *wink

besela org melayu, kene merendah diri. haha. jk.